Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting
Banner
Home Kata-Kata Aluan

Gambar Asrama,Kata Aluan Guru Besar Dan Aktiviti Asrama

ASRAMA DESA SK KUALA SUNGAI 18300 GUA MUSANG KELANTAN


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SK KUALA SUNGAI


Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kini Asrama Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai, Kelantan telah melangkah setapak lagi ke era teknologi maklumat dengan terbinanya laman web ini.

Salah satu hasrat  ialah memberi cabaran kepada kita semua untuk menerokai pelbagai teknologi yang sedia ada dengan memperkenalkan Portal Asrama Kelantan. Dengan terbinanya laman web ini, sedikit sebanyak kita telah berjaya merealisasikan hasrat tersebut. Saya amat berharap dengan adanya laman web ini akan memudahkan kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang khususnya daripada murid asrama. Saya juga berharap kepada semua guru dan staf yang terlibat dengan asrama khususnya agar dapat memanfaatkan kemudahan ini semaksimum yang mungkin.

Sesungguhnya Laman Web ini hanya akan berperanan dan menjadi lebih interaktif sekiranya semua yang bertanggungjawab akan terus dan sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga pendidikan dapat menyahut cabaran mendatang dengan semangat yang kuat dan kesungguhan untuk menjana kecemerlangan bagi memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia. Semoga kecemerlangan itu menjadi milik kita bersama.

Sekian, terima kasih.

"KE ARAH ASRAMA TERBILANG"


Tn Syed Ab Rahaman Bin Syed Akil 
Guru Besar

SK Kuala Sungai

18300 Gua Musang,Kelantan

 

AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN ASRAMA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI MERDEKA PELAJAR ASRAMA

Laporan    : Sambutan hari raya dan hari merdeka telah disambut bersama pada tahun lepas.Antara aktiviti yang telah di buat yang melibatkan pelajar asrama,guru-guru serta kakitangan asrama ialah aktiviti Gotong-royong menyediakan juadah dan makanan, persembahan murid dan jamuan makan

GAMBAR YANG LAIN SILA KLIK GALERI GAMBAR>

 

MAJLIS JAMUAN MAKAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PELAJAR ASRAMA TERBAIK DAN DORM TERCANTIK

Laporan:
Pada setiap tahun diadakan penghargaan dan penyampaian hadiah bagi beberapa kategori pelajar asrama terbaik dan pertandingan di antara dorm

GAMBAR YANG LAIN SILA KLIK GALERI GAMBAR>

PROGRAM SUKANEKA  PELAJAR ASRAMA DESA SK KUALA SUNGAI

Laporan:
Pada setiap tahun diadakan sukaneka asrama bagi melahirkan pelajar asrama yang cemerlang dari segi intelek rohani dan jasmani.Ia di laksanakan secara pemuafakatan ibu baapa untuk merapatkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat.


PROGRAM KUNJUNGAN KASIH GURU-GURU SK KUALA SUNGAI KE RUMAH IBUBAPA PELAJAR


GAMBAR YANG LAIN SILA KLIK GALERI GAMBAR >



 

 

 

 

 

 

 

Terakhir dikemaskini (Isnin, 22 April 2013 12:00)

 
Hadith Pilihan
Hadith 28
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:

Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.

Hadith riwayat Abu Dawud dan Tirmizi.