Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting
Banner
Log Masuk



Pengunjung Kami
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1
mod_vvisit_counterSemalam4
mod_vvisit_counterMinggu ini1
mod_vvisit_counterMinggu lepas32
mod_vvisit_counterBulan ini85
mod_vvisit_counterBulan lepas164
mod_vvisit_counterJum Pengunjung5865

Hari ini: Apr 19, 2014
Home

Gambar Asrama,Kata Aluan Guru Besar Dan Aktiviti Asrama

ASRAMA DESA SK KUALA SUNGAI 18300 GUA MUSANG KELANTAN


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SK KUALA SUNGAI


Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kini Asrama Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai, Kelantan telah melangkah setapak lagi ke era teknologi maklumat dengan terbinanya laman web ini.

Salah satu hasrat  ialah memberi cabaran kepada kita semua untuk menerokai pelbagai teknologi yang sedia ada dengan memperkenalkan Portal Asrama Kelantan. Dengan terbinanya laman web ini, sedikit sebanyak kita telah berjaya merealisasikan hasrat tersebut. Saya amat berharap dengan adanya laman web ini akan memudahkan kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang khususnya daripada murid asrama. Saya juga berharap kepada semua guru dan staf yang terlibat dengan asrama khususnya agar dapat memanfaatkan kemudahan ini semaksimum yang mungkin.

Sesungguhnya Laman Web ini hanya akan berperanan dan menjadi lebih interaktif sekiranya semua yang bertanggungjawab akan terus dan sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga pendidikan dapat menyahut cabaran mendatang dengan semangat yang kuat dan kesungguhan untuk menjana kecemerlangan bagi memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia. Semoga kecemerlangan itu menjadi milik kita bersama.

Sekian, terima kasih.

"KE ARAH ASRAMA TERBILANG"


Tn Syed Ab Rahaman Bin Syed Akil 
Guru Besar

SK Kuala Sungai

18300 Gua Musang,Kelantan

 

AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN ASRAMA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI MERDEKA PELAJAR ASRAMA

Laporan    : Sambutan hari raya dan hari merdeka telah disambut bersama pada tahun lepas.Antara aktiviti yang telah di buat yang melibatkan pelajar asrama,guru-guru serta kakitangan asrama ialah aktiviti Gotong-royong menyediakan juadah dan makanan, persembahan murid dan jamuan makan

GAMBAR YANG LAIN SILA KLIK GALERI GAMBAR>

 

MAJLIS JAMUAN MAKAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PELAJAR ASRAMA TERBAIK DAN DORM TERCANTIK

Laporan:
Pada setiap tahun diadakan penghargaan dan penyampaian hadiah bagi beberapa kategori pelajar asrama terbaik dan pertandingan di antara dorm

GAMBAR YANG LAIN SILA KLIK GALERI GAMBAR>

PROGRAM SUKANEKA  PELAJAR ASRAMA DESA SK KUALA SUNGAI

Laporan:
Pada setiap tahun diadakan sukaneka asrama bagi melahirkan pelajar asrama yang cemerlang dari segi intelek rohani dan jasmani.Ia di laksanakan secara pemuafakatan ibu baapa untuk merapatkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat.


PROGRAM KUNJUNGAN KASIH GURU-GURU SK KUALA SUNGAI KE RUMAH IBUBAPA PELAJAR


GAMBAR YANG LAIN SILA KLIK GALERI GAMBAR >



 

 

 

 

 

 

 

Terakhir dikemaskini (Isnin, 22 April 2013 12:00)

 
Pentadbir Asrama SKKS

TN SYED AB RAHAMAN BIN SYED AKIL(GURU BESAR)

EN MUSTAPHA BIN AWANG(PK PENTADBIRAN)

EN HAFIZAN BIN LATIF(PK HEM)

EN AZHAR BIN AHAMAD(PK KO)

EN ZULKIFLI BIN ABD RAHMAN(WARDEN)

EN SUHAIMI BIN ALI(PENYELIA ASRAMA)

PN SITI MARIAM BINTI PA(PPM)

EN MOHAMAD BIN ZAKARIA(PPM)

Berita Terkini
Makluman
Rabu, 01 Februari 2012

Assalammualaikum, laman web ini sedang dalam pembinaan. Sila datang lagi kemudian.

Details ...

Hadith Pilihan
Hadith 10
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

Hadith riwayat Muslim.